Thursday, October 8, 2009

Joshua & Kate 5

Tiba-tiba sahaja Kate ada di Kuching. Saja jalan-jalan makan angin. Dah bosan sangat jalan dekat KL. Tiba-tiba sahaja Kate berada didalam ‘Sugar Bun’. Restoran ‘fast-food’ , yang founder nya orang Sarawak. Sugar Bun lain sikit, tak macam Mc. Donald , KFC atau Burger King. Menu Sugar Bun ada set Ikan dan Nasi. Baru kenyang.

Kate mengunyah isi ikan talapia perlahan-lahan. Cicah sambal. Matanya ditutup dengan sunglasses jenama CK. Dia berpakaian t-shirt puteh yang berlogo ‘You Tube’. Kewl bukan? Dipadankan pula dengan jeans levis basic color. Betul-betul kewl. Sekali imbas macam model. Tapi Kate tahu dia bukan model. Dia orang biasa, yang baru tiba dari KL.
Rambut Kate pendek. Ala-ala gaya Winona Ryder. Kate memang cun gileeeeeerrr!

Sedang dia mengunyah makanan, cellphone pula berbunyi. Bunyi lagu Rihana, ‘Umbrella’
“Under my umbrella...ella...ella...aaaa under my umbrella... hey...heyyy...”
“Salam” satu suara lunak di hujung sana.

“Wa’alaikumsalam. Hello mak...”

“Kate kat mana ni?”

“Tengah makan kat Sugar Bun ni. Kat Shopping Kompleks Spring yang baru buka ni”

“ I see. Mak call ni bukan apa...Tadi ada kawan, nak jumpa Kate”

“Siapa dia Mak?”

“Entah laa...Mak lupa pula nak tanya siapa nama dia. Dia datang singgah kejap jer. Saja nak jumpa Kate. Katanya dah lama dia tak jumpa Kate. Dia bagitahu dulu sama U dengan Kat masa study Kat London”

Kate mengerutkan dahi. Cuba mencungkil memori.

“Err... Mak, lelaki atau perempuan?”

“Lelaki.”

Menyirap darah naik ke muka. Jantungnya bergedup kencang.

“Hmm.. dia ada tinggalkan contact no.?” Kate masih belum puas hati

“Terlupa kot”

“Hmm...thanks Mak. I’ll see u soon. Bye. Salam”

Perbualan Mak / Anak. Walaupun mereka ini golongan daripada kategori Middle Class Family aka. Borjuis. Tapi perbualan mereka pada kebanyakkan masa adalah didalam bahasa ibunda. Tidak pula mereka menganggap “i look stupid when i’m speak malay” seperti sesetengah golongan Melayu berada. Mereka Melayu yang sedar diri.


Wednesday, October 7, 2009

Joshua & Kate 4

Kate pernah menghadiahkannya sehelai T-Shirt hitam ‘Smashing Pumpkins’. Di depan gambar bintang merah besar. Dibelakang tertulis perkataan “just say maybe...”. Joshua pakai t-shirt hitam itu sampai lusuh. Itu t-shirt kesayangannya. Warna hitam sampai bertukar kelabu faded. Ke hingga ke saat ini dia memakai hadiah pemberian tersebut. T-shirt mempunyai memori nan indah. Kisah-kisah cinta nan indah...

Ya, Kate tahu; Smashing Pumpkins adalah band alternative rock yang paling digemarinya. Kate juga tahu jenama jeans kegemarannya. Kate tahu makanan apa yang dia suka. Air apa yang paling suka Joshua teguk ketika haus. Kate tahu dia suka cipta lagu sambil petik gitar akustik. Kate juga tahu yang dia suka menulis cerita-cerita pendek kategori seram. Kate macam tahu segala-galanya...

Tapi dia? Apa yang dia tahu tentang Kate? Satu-satu perkara yang dia benar-benar tahu tentang Kate; ialah warna Merah! Kate memang sedari dulu suka sangat kaler merah. Dan kaler itu macam sesuai sangat dengan kulit Kate yang puteh merah. Satu waktu dulu, dia pernah menghadiahkan gadis itu sehelai sweater Adidas merah jalur puteh dilengan. Kate pakai sampai 3 bulan tak basuh-basuh. Takut luntur katanya. Kah kah kahhh kelakar bukan.

Tapi itulah cinta. Bila hati dah suka...segala pemeberian daripada orang yang tersayang akan dihargai sepenuh jiwa. Biarpun sekadar barang murah yang dibeli tepi jalan.

Traffic light bertukar hijau. Joshua masih sentimental.
Hoonnnnkkkk! Hooonnkkk!!!

Joshua tersentak. Sebuah BMW 5 series warna hitam pantas memontong kereta kancilnya. Berdezzuppp macam kilat. Untuk beberapa saat Joshua sempat menoleh ke cermin kanan kereta. Dan sesuatu yang dia nampak benar-benar bikin hati panaasss. Kalau matanya tak silap lelaki yang memandu BMW hitam itu saling tak tumpah seakan wajah seseorang yang pernah dikenalinya. Lelaki bermisai lebat memaki ‘suit’ itu sempat menjelaingnya sambil mengerutkan dahi. Tanda tak puas hati. Bodoh! Menyusahkan orang saja. Mungkin lelaki untuk menyumpah didalam hati.

Ya, macam Ramon! Tapi betulkah Ramon? Macam dia. Cisss...
Joshua lantas memecut kancil 850, cuba-cuba mengejar mamat BMW yang berlagak tadi. Bukan untuk bergaduh, cuma mahu memastikan itu Ramon.

Kancil nak kejar BMW? Kirim salam lah...makan ‘unleaded’ lah jawabnya.

Tapi kalu betullah itu Ramon. Macam kebetulan sahaja. Baru sahaja dia berjumpa Kate, terserempak pula dengan Ramon. Dan inilah ketentuan Tuhan Maha Esa...

Joshua & Kate 3

Katerina meneguk fresh orange. Bersenang lenang diatas sofa empuk merah. Made in Italy. Tangannya memegang remote TV Astro. Dari satu saluran ke saluran lain dia menonton. Tak pernah tetap. Matanya melihat program TV, namun hatinya ke lain.

Muzik Okestra Tchaikovsky bergema di ruang tamu Kondominium 24 tingkat itu. Turut kelihatan beberapa majalah bersepah diatas sofa merah. Made in Italy (yang membawa maksud harga sofa 3 tempat duduk itu memang tidak mampu dimiliki oleh eksekutif bank biasa).

Katerina melihat cermin besar yang terhiasa besar diruang tamu itu. Melihat wajahnya seraya berfikir. Inikah Aku? Melihat lipstik merah berkilat yang melekap dibibir. Anggun. Vogue. Elegan. Inikah Katerina cinta hati seorang lelaki jeans lusuh yang bernama Joshua?

HBO Channel sedang menyiarkan filem bertajuk ‘The Reader’ lakonan handal aktres Kate Winslet. Katerina memang minat sangat dengan Kate Winslet. Semenjak tahun 1997. Filem Titanic pecah panggung! Leonardo di Caprio dan Kate Winslet meletop-letop keserata dunia hiburan. Ya, Katerina memang terlalu meminati Kate Winslet. Kate minat Kate!


Kini setelah 12 tahun berlalu...Kate Winslet dipertemukan kembali dengan aktor versatile Leonardo di Caprio. Seolah keadaannya seperti pertemuan ‘reunion’ kembali diantara Kate & Joshua. Kemunculan Kate Winslet kali ini mendapat perhatian dan pujian Media Massa Dunia Hiburan. Sehingga Kate Winslet mampu menggondol anugerah Academy Award 2008 untuk Best Actress bagi filem tersebut. Juga setelah mendapat ‘seventh nomination’, Kate Winslet akhirnya memenangi anugerah ‘Golden Globe Award 2008 for Best Actress’ bagi lakonan yang cukup mengesankan. Dan berjaya juga memiliki anugerah dibeberapa festival filem antarabangsa yang lain. Hebat bukan?

Tapi bagaimana pula dengan Katerina binti Malik? Apakah kejayaan yang bakal dia bawa pulang selepas pertemuan semula Kate & Joshua pada 2 malam yang lepas? Hebat sangatkah lakonan dia kali ini? Ya Allah, apakah aku berlakon? Menjadi seseorang yang benar-benar kontra dengan dirinya, sebetulnya bukan sesuatu yang mudah. Katerina tidak punya jawapan.
Kate tidak tahu. Ya, Kate benar-benar tidak tahu. Apakah dia masih mencintai Joshua? Kate tidak tahu.

Wajah Joshua kembali muncul. Bersama jaket jeans levi’s yang lusuh. Macam dulu-dulu...“crunchy pop fuzz luv...”, datang bersama melodi gitar akustik yang Joshua pernah kompos untuk gadis ceria yang bernama Katerina binti Dato’ Malik.


Waktu salji pernah turun di bulan Disember semasa belajar di Kota London. Sedang mereka asyik berkejar-kejaran disekitar Royal Parks....


Tuesday, October 6, 2009

Joshua & Kate 2

Joshua berjalan-jalan disekitar kawasan kampung itu. Sunyi sepi walaupun disiang hari. Hanya kedengaran bunyi cicip burung. Kakinya memijak tanah coklat yang berdebu. Tanah sebenar; bukan tar!

Untuk seketika, Joshua berasa tenang menikmati pemandang alam ini. Alam ciptaan Allah yang sangat indah. Dia berada sangat jauh daripada hiruk pikuk kota, asap hitam yang tebal, dan sudah tentu berada jauh daripada kepura-puraan manusia bandar.

Begitupun ingatan kepada Kate tidak pernah pudar. Dia sentiasa memikirkan tentang Kate. Dengan seribu pertanyaan seperti ; “ Kenapa Kate kembali?”, “ Dimanakah Kate menghilang selama ini” “Sudah kahwinkah dia?” Namun Joshua tahu dia tidak akan menemui jawapan pasti. Sekurang-kurangnya buat masa ini...

Kate adalah memori indah. Walau bukan semua yang indah. Indah yang bercampur pilu. Kakinya terus berjalan menyusuri denai yang dihiasi rumput-rumput hijau segar ditepinya. Tanpa disedarinya, dia sampai ke sebuah warung di tepi jalan. Joshua melangkah masuk, dan terus duduk di satu bangku kosong. Beberapa pasang mata memandang kearahnya. Tentunya penduduk kampung yang berehat untuk minum-minum selepas balik dari menoreh getah atau berkebun. Mungkin? Joshua tidak ambil peduli.

Seorang gadis remaja datang memesan minuman. Tersenyum indah. Dia menatap wajah gadis itu , membalas senyuman. Bukankah senyuman itu satu sedekah. Joshua meminta Teh Ais dan Mee Goreng . Gadis pelayan itu mengangguk beberapa kali dan akhirnya beredar. Mata-mata yang memandangnya, kini kembali berbual sesama mereka. Joshua tidak dipedulikan. Mereka menganggap Joshua hanyalah seorang Budak KL yang hanya singgah minum.

Joshua menyeluk poket kiri baju denimnya. Cuba mengeluarkan sesuatu. Perlahan-lahan sampul surat berwarna biru yang didalamnya mengandungi 3 keping foto lama di keluarkan. Dia membelek-belek foto-foto tersebut. Foto pertama gambar dia dan kate.Dia tersenyum menatap foto tersebut. mengembalikan segala nostalgia lama. Foto kedua, hanya gambar Kate. Dan foto ketiga membuat nafasnya sedikit mengeluh. Ada 3 orang didalam foto itu – Joshua, Katerina dan yang seorang lelaki yang sedikit tersenyum sinis. Identiti lelaki yang tutut berada didalam foto itu adalah sehabat baiknya satu waktu dahulu. Namanya adalah RAMON. Gambar itu di tangkap di London. Sewaktu mereka bertiga belajar di over-sea. 13 tahun dahulu; Ramon adalah sahabatnya yang paling akrab sewaktu semua mereka terlalu muda. Disaat mereka memiliki perasaan indah dan ceria.

Tapi ingat! Itu 13 tahun dulu. Sewaktu kedinginan kota LONDON dihangatkan oleh perasaan-perasaan manusia yang dijernihkan oleh kata-kata cinta. Kini; lelaki yang bernama R.A.M.O.N. itu adalah musuhnya...

“Ramon.., pengkhianat!”


Semua yang berada didalam warung itu tersentak...


Wednesday, September 30, 2009

Joshua & Kate 1

Segala yang berlaku terlalu pantas. Terlalu indah dan ceria...

Kini; disaat ini, dia terdampar diatas sofa kulit yang hitam legam. But koboi paras lutut juga terdampar disisi sofa. Hanya kipas siling yang berputar. Matanya dari tadi memandang keatas. Melihat putaran bilah-bilah kipas, sedikit demi seikit mengembalikan ingatannya kepada seseorang. Seseorang yang membuatnya kini terdampar disofa sambil jantungnya berdegup kencang.

Katerina telah kembali. Ya kate sudah pun kembali. Kembali dengan 100% bukan Kate yang dulu. Wajah yang sama tetapi cara berpakaian dan sikap yang terlalu berbeza.
Setelah 13 tahun, kini Kate kembali!

Nafas Joshua kedengaran mengeluh. Dia sepatutnya tidak pergi kesana. Ke Parti Orang-Orang Kaya. Jika tidak kerana Romzie yang paksa, mampus hidup balik dia tidak akan kesana. Tempat Orang-Orang Kaya berlagak! Demi persahabatan dia dengan Romzie, dirinya turutkan juga; walau setengah terpaksa.
Dan di Parti Orang-Orang Kaya itulah buat pertama kalinya dia kembali bertentang mata dengan Kate. Pertama kali selepas 13 tahun dia memburu Kate keserata Peta Globe.
Dia hanya mempu mengikis wajah Kate baru beberapa bulan lepas. Beberapa bulan daripada 13 tahun yang panjang dan vakum. Entah apa kejadahnya...Kate muncul semula...


Joshua bangun dari sofa. Lalu menyarung but koboi merah hitam. Pantas bergerak keluar. Pintu dikunci. Kipas siling lupa ditutup. Terus berputar bagai memunculkan wajah Katerina aka. Kate...

Wednesday, April 8, 2009

RAHSIA BESAR PAK JONED DRAKULA...

Manusia bersesak-sesak. Malam ini, malam terakhir ceramah pilihanraya kecil di Bukit Gantang. Semua orang heboh. Semua orang bising-bising. Hiruk-pikuk tak henti-henti. Bendera Pas dan BN berlawan-lawan. Dalam keadaan masing-masing bersemangat kempen politik itulah Pak Joned memburu mangsanya...

Oh! Ya...malam ini tatkala tepat pukul 12 malam Pak Joned akan bertukar menjadi Drakula...

Inilah kerja jahatnya selama bertahun-tahun. Semenjak seminggu yang lepas; 18 orang telahpun selamat dikenduri tahlilkan. Mereka yang tidak berdosa dan tidak mempunyai HIV + telah menjadi mangsa gigitannya. Namun begitu satu berita pun tak pernah masuk suratkhabar. Laporan polis pun tiada. Pocekkk yelekkk... Tiada saksi...sebab taknak meanjang-manjangkan cerita...so case closed!


Pak Joned Drakula semakin dahagakan darah...


Ting! Tong! Tiinngg!... Toonngg!... jam antik dirumah Pak Joned mula berdenting. Itu tandanya jarum sudah menunjukkan tepat 12 malam. Dan itu juga tandanya Modus Operandinya akan bermula.


Puufffhhh!...

Pak Joned bertukar jadi kelawar...lalu terbang keluar melalui tingkap biliknya...

**********************************************************************************


Di suatu tempat lain...

Pian menampar-nampar bala tentera nyamuk yang menyerangnya. Perlahan-lahan dia menyapu segala sampah sarap yang tinggal di atas padang rumput. Kelihatannya masih terdapat sekumpulan orang sedang berbual-bual kosong di atas pentas politik. Berlabun-labun...kutuk-mengutuk apa yang patut.

Itulah tugasnya semenjak seminggu lalu. Tiap-tiap malam terpaksa berkerja, kadang-kadang sampai 3-4 pagi. Pian berkerja sebagai Tukang Angkat Sampah untuk Majlis Perbandaran.

Masih terdapat ramai lagi yang berlegar-legar untuk melihat barang digerai-gerai yang menjual t-shirt, VCD ceramah politik dan Pelekat Kereta. Terdapat hanya satu peniaga makanan . Pian kenal sangat dengan peniaga yang menjual Burger dan Laksa Utara itu. Member baik Pian tuu...(kununnya). Namanya Pak Man Laksa. Lalu dengan bersemangat Pian melambai-lambaikan tangan, cuba menunjukkan betapa popularnya dia. Pak Man Laksa buat dek...(kah kah kah kaaahhh...) Pian bengang.

Selepas setiap kali habis ceramah politik, inilah bahananya; sampah berlambak-lambak. Maka semakin mengertilah Pian bahawa sesungguhnya rakyat Malaysia memang tiada kesedaran Sivik; sungguhpun banyak juga yang datang mendengar ceramah itu memandu Honda Accord dan Nissan Camry.


“Takde otak betul.” Pian mengomel sendirian. Tangannya mengenggam beg plastik sampah dan mengutip cawan-cawan plastik minuman dan kertas-kertas suratkhabar yang ditinggalkan oleh orang ramai yang menghadiri ceramah itu sebentar tadi.

Sehinggalah sampai dia dibawah satu pokok rendang dipinggir padang, lokasi yang agak jauh daripada pentas ceramah dan para peniaga serta orang ramai. Agak leka Pian mengutip sampah. Tanpa disedarinya ada satu bijik mata merah sedang memerhatikannya. Seekor kelawar hitam kurus sedang merenung Pian dengan penuh rakus dan berselera besar. Meleleh-leleh air liur kelawar itu.

Pian kehairanan melihat bahunya basah. Berlendir dan melekit. Perlahan-lahan dia mendongakkan kepala cuba memandang keatas pokok. Dalam keadaan gelap itu matanya seperti memandang sepasang mata merah menyala. Pian mengenyeh-genyah matanya, supaya ‘contact lens’ hijaunya lebih jelas. Apa yang dilihat agak memeranjatkan bagi dirinya. Seekor Kelawar Kurus berwarna hitam yang paras rupanya saling tak tumpah seperti Pak Joned jiran selang dua buah rumahnya.

Kelawar Kurus berwarna hitam itu botak licin ditengah-tengah kepalanya, sementara dikiri kanannya penuh dengan juraian rambut yang agak beruban. Hidungnya kembang berbunga, macam hidung Pak Joned. Sementara gigi bawah haiwan itu agak lompong ditengah, pun macam gigi Pak Joned. Yang lebih mengesankan lagi perasan hatinya ialah tanda jerawat hidup yang terdapat pada bibir atas kelawar tersebut. Pun macam Pak Joned!

Apakah Pak Joned telah bertukar menjadi kelawar? Pertanyaan ini agak payah untuk menemui jawapannya. Atau mungkin Pian hanya menemui jawapan setelah meononton selama berjam-jam rangkaian Tv kabel kegemarannya yakni Dicovery Channel. Pian sangat yakin segala-galanya akan ada jawapan didalam siaran rangkaian kabel Astro itu. Bukankah di ASTRO "macam-macam ada"???


Sedang Pian giat berfikir yang bukan-bukan; dengan tidak semena-mena Kelawar itu terbang menuju kearahnya seperti ingin mengigit tengkuknya...


ZRaaaSSS Puffff!!! KelePAP keDEPEkkk!.... ceplup!


***************************************************************************************

Keesokkan harinya...

Pagi-pagi lagi sudah heboh satu kampong, sekujur tubuh tua dijumpai didepan balai raya tempat pembuangan undi. Tubuh kurus melengking Pak Joned terbongkang tanpa pakaian. Disisinya terdapat beberapa beg plastik sampah. Muka Pak Joned kebiru-biruan lembam. Seolah-olah seperti dihentam sesuatu. Pak Joned melayan pengsan tanpa menyedari yang berpuluh-puluh pasang mata sedang memerhatikan tubuh tuanya dalam keadaan telanjang bulat... Nasib baik tiada wartawan daripada akhbar Arus Perdana...



Di satu sudut berdekatan balai raya, kelihatan Pian tersenyum megah...sambil jari-jemarinya menggenggam erat pengait sampah besi. Nasib Pak Joned memanglah tersangat-sangat malang pada malam itu. Dia kena belasah; bilamana belumpun sempat nak bertukar daripada kelawar kepada Count Dracula ala-ala novel fiksi Bram Stoker.



Rahsia Besar Pak Joned Drakula kini telah terbongkar...




Tuesday, April 7, 2009

gadis cantek dari taman bunga...

ada satu gadis cantek dari taman bunga. suka dengar discman. dagu runcing; rambut terjurai didahi. aku tersentak bila mata kami berlawan...

gadis cantek dari taman bunga menoleh ke arah lain. buat-buat tak nampak. aku tahu dia merasa. rasa apa yang aku rasa...
rasa indah macam jilat ais krim ‘Connecto’ produk Wall’s bersama kekasih. lepas tu jalan-jalan tepi pantai. alaa...yang macam dalam iklan tuu...
aku ekori dari belakang. dia tak perasan. kerna aku lihat bibirnya menyanyi-nyanyi lagu Rihana.
tatkala dia menoleh, waktu itu aku belum bersedia. kesannya...mata aku terbeliak!
dahi gadis cantek dari taman bunga berkerut macam marah. marah yang makin canteeek.
lalu dia jalan laju-laju.

aku terpaku memerhati...(awak...nanti! saya bukan pscho killer laa... )

makin jauh. lagi jauh. sangat jauh.

harap esok terserempak lagi. oh ya! aku terlupa...peluang datang hanya sekali...

Wednesday, January 28, 2009

ada 'tanda' untuk orang-orang yang mengerti...

Cinta boleh datang dan pergi...

Kehidupan dan kematian silih berganti. Kadang-kala kita gembira berlari-lari anak ditepian pandai tetapi rasa benci bila terperangkap didalam kereta disebabkan ‘traffic jam’ dibandar bersama habuk dan segala daki kotoran manusia.
Suara azan dikala sampainya waktu Maghrib mendamaikan pada masa yang samanya terasa hiba kesepian. Ya; aku cuba memerhatikan keadaan disekeliling. Panas terik mentari berselang hujan. Adakalanya diterjah banjir kilat. Jika bernasib baik lalu timbullah pelangi indah. Memberikan harapan baru.

Siang malam bertukar ganti...menjadi ‘tanda’ bagi orang-orang yang mengerti...